Mission News

Sambutan Hari Keputeraan SPB Agong Meriah

11 June 2008 1 views

 

Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Kedutaan Besar Moscow berjalan di dalam suasana sederhana tetapi meriah.

Dianggarkan lebih daripada 200 orang rakyat Malaysia termasuk warga KBM Malaysia dan pelajar-pelajar dari kawasan Moscow telah sama-sama memeriahkan majlis ini yang telah dianjurkan di Kompleks Canseri Kedutaan pada 7 Jun 2008.Majlis telah dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Staff Sarjan Dzul dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.

Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia, Dato' Mohamad Khalis dalam ucapannya menyeru semua rakyat Malaysia di Rusia untuk sentiasa bersatu padu dan sentiasa mempamerkan siasah terbaik pada setiap masa.Dato' Mohamad Khalis turut berkongsi mengenai perkembangan isu-isu semasa di Malaysia seperti kenaikan harga barangan, kenaikan harga minyak dan sebagainya. Beliau menyeru supaya semua rakyat Malaysia supaya bersabar untuk menghadapi cabaran ini. Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa keyakinannya bahawa dengan berbekalkan semangat Malaysia Boleh, rakyat Malaysia akan mampu menghadapi cabaran yang sedang dialami.

Dalam pada masa yang sama, Dato' Mohamad Khalis turut mengingatkan golongan muda yang dihantar untuk menimba ilmu di Rusia supaya terus memperkukuhkan jati diri dan mendapatkan sebanyak ilmu pengetahuan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Share:
Link copied to clipboard
Back