Mission News

Sambutan Maulidur Rasul 2011 di Kedutaan Besar Malaysia, Moscow

19 February 2011 1 views
Pada tahun ini, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow sekali lagi telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 19 Februari 2011 (Sabtu), bersempena dengan hari keputeraan Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. yang dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan serta keluarga masing-masing. Di antara acara yang telah diatur oleh Biro Kebajikan dan Agama selepas solat Maghrib berjemaah ialah bacaan surah Yasin, zikir munajat, dan salawat ke atas Rasulullah S.A.W. Majlis yang turut dihadiri oleh beberapa orang pelajar tajaan MINDEF, juga diisi dengan tazkirah ringkas daripada Kolonel Abdul Manaf, Penasihat Pertahanan dan ucapan mengenai Maulidur Rasul oleh Y.Bhg. Dato’ Zainol Abidin Omar, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia. Selepas menunaikan solat Isya’ secara berjemaah, semua tetamu yang hadir disajikan dengan jamuan makan malam.
Share:
Link copied to clipboard
Back