Sambutan Maulidur Rasul di Malawakil Moscow
Pada hari Jumaat 26 Februari 2010, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul bersempena dengan hari keputeraan Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. Sambutan tersebut juga turut dihadiri oleh pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sekitar Moscow.
Di antara acara yang telah dijalankan sepanjang sambutan tersebut adalah zikir munajat, yang disusuli oleh majlis khatam Quran oleh ahli-ahli perwakilan serta anak-anak. Seterusnya, semua tetamu yang hadir bersama-sama bersalawat ke atas Rasulullah S.A.W dan membaca Asmaul-Husna.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh anak-anak kakitangan kedutaan dan ucapan oleh Encik Abd Razak Abdul Wahab, Timbalan Ketua Perwakilan. Sejurus selepas majlis tamat, jamuan makan tengahari dihidangkan kepada semua tetamu yang hadir dan disusuli dengan bacaan khutbah serta solat fardu Jumaat.