Kedutaan Besar Malaysia di Moscow memaklumkan bahawa pihak Kedutaan tidak pernah menyokong mana-mana agen, individu atau syarikat-syarikat tertentu bagi pengambilan pelajar-pelajar ke universiti di seluruh Persekutuan Rusia atau menyokong mana-mana pihak yang bertindak bagi menguruskan pengeluaran visa untuk ke Rusia.
Pihak Kedutaan juga ingin menegaskan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Moscow tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan kepada mana-mana pihak yang terbabit dengan aktiviti-aktiviti seperti yang dinyatakan di atas.
Makluman ini dikeluarkan bagi memberi penjelasan kepada semua pihak tentang kedudukan Kedutaan dalam isu ini ekoran terdapat pihak yang mengaku mendapat sokongan kuat dari pihak Kedutaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.
Orang ramai disaran supaya menghubungi pihak Kedutaan melalui nombor-nombor talipon, faks dan email resmi Kedutaan untuk mendapat penjelasan lanjut tentang sebarang kemushkilan berhubung dengan kemasukan pelajar ke universiti-universiti di Rusia atau lain-lain perkara berkaitan pengeluaran visa untuk ke Rusia. Pihak Kedutaan dan pegawai-pegawainya akan cuba memberikan bantuan yang sebaik mungkin.
Kedutaan Besar Malaysia, Moscow
2012