Mission News

LAWATAN KONSULAR DAN PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR MADINAH OLEH KONSUL JENERAL

08 April 2012 1 views

MADINAH: Pada 3 April 2012, Konsul Jeneral, Encik Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak dan Pegawai-pegawai Konsulat telah mengadakan satu lawatan konsular dan perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Islam Madinah. Perjumpaan itu telah dihadiri oleh 70 orang pelajar-pelajar lama dan baru di Hotel Al Haram Madinah yang dimulai dengan makan tengahari, amanat Tuan Konsul Jeneral, penerangan isu-isu konsular serta pengemaskinian rekod pendaftaran pelajar-pelajar yang hadir. Perjumpaan tersebut amat dihargai oleh para pelajar yang dapat berinteraksi dengan Konsul Jeneral dan Pegawai-pegawai Konsulat serta mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah diantara mereka.   

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back