21 Oktober 2025 - Bersempena dengan lawatan kerja Konsul Jeneral Malaysia ke Madinah pada 21 dan 22 Oktober 2025, Encik Roslan Sharif sempat menyantuni rakyat Malaysia di majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia.
Majlis makan malam yang diadakan di sebuah restoran milik rakyat Malaysia, dihadiri oleh kumpulan profesional, doktor, jururawat, pelajar dan ahli keluarga yang menetap di Madinah.
Dalam ucapan alu-aluan, Konsul Jeneral berkongsi maklumat semasa mengenai keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia. Beliau turut menyampaikan nasihat kepada rakyat Malaysia supaya saling hormat-menghormati, bekerjasama dan sentiasa menjaga nama baik diri, keluarga, dan negara. Konsul Jeneral juga meluangkan masa mendengar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia di Madinah dinasihatkan supaya mendaftar diri dan ahli keluarga dengan Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah sepanjang keberadaan mereka di Arab Saudi.



