RABBANI MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SPB YANG DI-PERTUAN AGONG DI JEDDAH.
Satu majlis sambutan meraikan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah diadakan di Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi pada Jumaat, 6 Jun 2008 bermula jam 8.30 malam. Program tersebut telah dihadiri oleh lebih 500 orang rakyat Malaysia yang bermastautin di sekitar Jeddah.
Majlis diserikan dengan nyanyian beramai-ramai lagu “Negara Ku“ dan dua buah lagu patriotik yang di dahului oleh sekumpulan koir kanak-kanak rakyat Malaysia.
Sambil menikmati hidangan juadah dan kueh-mueh termasuk “sate kajang“ yang diterbangkan khas dari Malaysia, para hadirin dihiburkan oleh kumpulan nasyid “Rabbani“. Majlis pada malam itu dijayakan dengan kerjasama Kelab Malaysia Jeddah. Hidangan makanan disediakan oleh PERWAKILAN (Persatuan Wanita, Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah).
KONSULAT JENERAL MALAYSIA
JEDDAH
8 Jun 2008.