Mission News

12 Mac 2020 - Nasihat Perjalanan (Covid-19) Arab Saudi

12 March 2020 1 views

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

RIYADH

 

 

NASIHAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI ARAB SAUDI DI DALAM MENANGANI SITUASI COVID-19

 

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh ingin memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Arab Saudi telah mengesahkan bahawa terdapat 45 kes positif COVID-19 telah dilaporkan di negara ini setakat jam 0800 (GMT +5), 12 Mac 2020. Sehubungan itu pihak berkuasa Arab Saudi telah mengambil langkah seperti berikut bagi mengekang penularan COVID-19 di Arab Saudi:

 

  1. Penggantungan sementara perjalanan melalui pengangkutan udara dan laut dari sembilan negara iaitu UAE, Kuwait, Bahrain, Lebanon, Syria, Mesir, Iraq, Itali, Korea Selatan, Perancis, Jerman, Turki, Oman dan Sepanyol;

 

  1. Perjalanan pengangkutan darat dari UAE, Bahrain dan Kuwait juga telah dihadkan kepada kenderaan komersial sahaja;

 

  1. Semua sekolah dan institut pengajian tinggi telah diarahkan untuk ditutup sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak; dan

 

  1. Pada 12 Mac 2020, Kerajaan Arab Saudi telah menggantung sementara perjalanan dari dan ke 12 buah negara.iaitu Switzerland, India, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Sudan, Ethiopia, Sudan Selatan, Eritrea, Kenya, Djibouti dan Somalia. Selain itu, penggantungan sementara ini juga melibatkan kesemua negara-negara ahli Kesatuan Eropah.

 

  1. Rakyat Malaysia yang ingin memasuki Arab Saudi dinasihatkan untuk memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang baik dan sentiasa memantau situasi dan arahan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, General Authority of Civil Aviation, International Air Transport Association serta syarikat-syarikat penerbangan yang berkaitan.

 

  1. Dalam masa yang sama, pihak Kedutaan juga sedang memantau perkembangan semasa penyebaran COVID-19 di Arab Saudi dan akan memaklumkan dari masa ke semasa perkembangan berhubung perkara ini demi keselamatan rakyat Malaysia di Arab Saudi. Pihak Kedutaan juga dengan ini menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan sementara not essential travel dari dan ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

 

  1. Rakyat Malaysia yang mempunyai simptom-simptom COVID-19 diminta untuk menghubungi terus Talian Kecemasan Kementerian Kesihatan Arab Saudi di talian 937 bagi melakukan ujian penyaringan dan seterusnya mendapatkan rawatan.

 

  1. Pihak Kedutaan juga ingin mengambil peluang ini untuk menyeru rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi untuk berdaftar dengan pihak Kedutaan.

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

RIYADH, ARAB SAUDI

 

DIKEMASKINI PADA: 12 MAC 2020

 

Share:
Link copied to clipboard
Back