Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh berbesar hati menerima kunjungan hormat YB Najwan Halimi sempena kehadiran beliau ke Arab Saudi bagi menghadiri Piala Dunia Esports.
Pertemuan ini telah membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang belia, sukan dan keusahawanan, selaras dengan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Arab Saudi dalam pelbagai bidang.



