Mission News

LARANGAN BAGI RAKYAT MALAYSIA MELIBATKAN DIRI DENGAN URUSAN TIDAK SAH SEMASA MUSIM HAJI

02 August 2009 1 views

Kedutaan Besar Malaysia merujuk kepada keratan akhbar Saudi Gazette bertarikh 25 Julai 2009 berhubung tindakan mahkamah yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi ke atas pesalah yang terlibat membawa masuk jemaah haji tanpa permit pada musim haji yang lalu sebagaimana yang dilampirkan.

Kedutaan Besar Malaysia menyeru agar semua rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi agar tidak terlibat dengan kegiatan tersebut dalam apa jua cara sekali pun.

 Kegiatan tersebut termasuklah merancang, membawa mahu pun menyokong tindakan membawa jemaah haji sama ada rakyat Malaysia mahu pun rakyat asing secara tidak sah semasa musim haji akan datang. Tindakan sebegitu adalah tidak sewajarnya dilakukan oleh rakyat Malaysia di luar negara.

 Kedutaan Besar Malaysia mengingatkan bahawa hukuman yang berat akan diambil oleh Kerajaan Arab Saudi bagi mereka yang bersalah melakukan perkara tersebut.

 Bagi rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi dan ingin menunaikan haji adalah dipohon agar menggunakan prosedur yang disahkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan dalam masa yang sama mengelak daripada ditipu oleh agen-agen haji yang tidak berdaftar.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back