Mission News

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

15 December 2009 1 views

 Tuan/Puan rakyat Malaysia di Arab Saudi,

Sukacita dimaklumkan bahawa TYT Prof Madya Syed Omar Syed Mohammad Al
Saggaf, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi berbesar hati menjemput Tuan/Puan Rakyat Malaysia di Arab Saudi ke Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti di butiran tersebut:

Tarikh : 5 Jun 2009 (Jumaat)

Masa : 6.00 petang - 9.00 malam

Tempat : Kediaman Rasmi TYT Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi,
              Diplomatic Quarter

2. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan sekeluarga dan rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi dijemput untuk menghadiri majlis tersebut dan dipohon untuk mengemukakan borang pengesahan kehadiran ke emel alhafis@kln.gov.my <mailto:alhafis@kln.gov.my>* atau fakskan kepada 01-4824177 *selewat-lewatnya 2 Jun 2009 (Selasa). *Adalah dipohon dapat menghebahkan jemputan ini kepada semua rakyat Malaysia yang berkaitan.

3. Bersama ini disertakan aturcara program, borang pengesahan kehadiran dan pelan ke kediaman rasmi TYT Duta Besar untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak Tuan/Puan.

4. Semoga kehadiran Tuan/Puan akan memeriahkan lagi suasana majlis yang akan diadakan.

Sekian, terima kasih.

Kedutaan Besar Malaysia,
Riyadh

Tel : 01 488 7100 ext 120

Fax : 01 4824177

 

Tatacara Pemakaian :

Lelaki - Smart Casual

Wanita- Berpakaian Sopan

*ATUR CARA PROGRAM*


6.00 Petang - Ketibaan rakyat Malaysia

6.30 Petang - Solat Maghrib berjemaah

                        Bacaan Yassin dan Tahlil

                        Solat Isya'

8.15 Malam - Ucapan TYT Prof Madya Syed Omar Syed Mohammad
                       Al-Saggaf, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi

8.30 Malam - Makan malam


Share:
Link copied to clipboard
Back