RIYADH - 9 Jun 2009 - Kedutaan Besar Malaysia (KBM)
Kedutaan Besar Malaysia (KBM)
Majlis yang diadakan di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi bermula pada jam 6.00 petang dengan pegawai-pegawai Home-based menyambut ketibaan warga Malaysia yang menetap di sekitar bandar Riyadh. Seterusnya, majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh TYT Duta Besar dan bacaan surah Yaasin dan tahlil ringkas.
Sebahagian rakyat Malaysia yang hadir
Seterusnya, majlis telah menjemput TYT Prof. Madya Syed Omar Syed Mohammad Al-Saggaf, Duta Besar KBM Riyadh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapan beliau, TYT Duta Besar telah menyentuh isu-isu semasa di
Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran TYT Pengiran Dato' Haji Jaberudin bin Pengiran Haji Mohd Salleh, TYT Duta Besar Brunei ke Arab Saudi dan isteri dan juga pegawai-pegawai bersama keluarga dari Kedutaan Besar Brunei di Arab Saudi.
Sepanjang majlis, pihak Kedutaan telah menayangkan slide gambar-gambar SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama sehingga yang terkini. Dianggarkan seramai 150 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada Jurutera, Arkitek, Perunding, Pensyarah serta Jururawat telah memenuhi Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi pada majlis tersebut. Jumlah kehadiran agak berkurangan dari tahun lepas (250 orang tahun 2008) kerana majlis yang diadakan pada hujung minggu dan kebanyakkan rakyat
Pihak Kedutaan atas inisiatif TYT Duta Besar dan PERWAKILAN telah bersetuju untuk bergotong-royong menyediakan makanan yang dihidangkan pada majlis tersebut. Usaha ini telah disambut baik oleh warga Malaysia di Riyadh yang memberikan komitmen yang penuh sejak dua hari sebelum majlis.
Kesimpulannya, majlis telah berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 9.30 malam.