Kedutaan Besar Malaysia ingin memaklumkan bahawa pejabat Kedutaan akan ditutup bersempena dengan cuti Aidiladha dan musim haji 1430H bermula pada 26 November 2009 sehingga 4 Disember 2009. Dalam hal ini, sebahagian pegawai Kedutaan akan berada di Tanah Suci bagi membantu operasi haji bagi rakyat Malaysia yang menunaikan haji pada musim ini.
Pejabat Kedutaan akan mula beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu, 5 Disember 2009. Waktu operasi Kedutaan adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang.
Kedutaan Besar Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi dan Selamat Menunaikan Haji kepada semua bakal haji dan semoga mendapat haji yang mabrur. 