Kedutaan Besar Malaysia ingin memaklumkan bahawa pejabat Kedutaan akan ditutup bersempena dengan cuti Aidilfitri 1430H dan Hari Kebangsaan Arab Saudi bermula pada 19 -23 September 2009. Pejabat Kedutaan akan mula beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu, 26 September 2009. Waktu operasi Kedutaan akan kembali ke waktu asal iaitu dari jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang.
Dalam hal yang lain, dukacita dimaklumkan bahawa Kedutaan tidak dapat mengadakan Majlis Solat Sunat dan Jamuan Aidilfitri pada 1 Syawal 1430H kelak. Ini disebabkan urusan rasmi yang memerlukan pegawai Kedutaan bertugas di Jeddah pada tarikh tersebut. Namun begitu, Jamuan Aidilfitri bersama Rakyat Malaysia akan diadakan pada tarikh, waktu dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.
Kedutaan Besar Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi. @$