KUALA LUMPUR 16 Okt. - Malaysia dijangka menambah beberapa jenis buah lagi dalam senarai buah-buahan tropika untuk dieksport ke Arab Saudi tidak lama lagi.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kementerian sedang mencari beberapa syarikat untuk menjalin usahasama bagi memasarkan buah-buahan tropika dari Malaysia untuk dipasarkan di negara tersebut.
Menurut beliau, kementerian masih belum menetapkan senarai buah-buahan yang telah diterima untuk dieksport ke Arab Saudi.
``Pada masa ini buah-buahan seperti nenas dan tembikai sudahpun diterima baik dalam pasaran eksport cuma kita mengharapkan beberapa jenis buah-buahan lagi untuk dieksport,’’ katanya. - Utusan