Riyadh - Mei 2009: PERWAKILAN KBM Riyadh dengan kerjasama KBM Riyadh telah mengadakan Malaysian Food Bazaar pada 7 Mei 2009 dengan jayanya. Bazaar yang diadakan di perkarangan kediaman rasmi TYT Duta Besar telah diadakan dari jam 4 petang sehingga 9 malam.
Dengan kehadiran lebih daripada 500 rakyat Malaysia yang bermastautin di Riyadh, bazaar tersebut telah berlangsung dengan berjaya sekali. Pelbagai gerai telah dibuka yang mana turut disertai oleh komuniti Malaysia yang menetap di sekitar Riyadh.
Bazaar tersebut juga telah dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan juga pameran kereta nasional iaitu Proton.
Rata-rata pengunjung yang hadir sangat berpuas hati dengan penganjuran tersebut dan mengharapkan acara sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.