Mission News

Nasihat Kepada Rakyat Malaysia Di Arab Saudi Di Dalam Menangani Situasi COVID-19

15 March 2020 1 views

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

RIYADH

 

 

NASIHAT KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI ARAB SAUDI

DI DALAM MENANGANI SITUASI COVID-19

 

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh ingin memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Arab Saudi telah mengesahkan bahawa terdapat 103 kes positif COVID-19 telah dilaporkan di negara ini setakat jam 0800 (GMT +3), 15 Mac 2020. Berikutan peningkatan berterusan COVID-19 di Arab Saudi, pihak Kerajaan Arab Saudi telah mengambil keputusan seperti berikut bagi mengelakkan penyebaran virus berkenaan:

 

  1. Penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa dari dan ke Arab Saudi bermula jam 1100 (GMT+3) 15 Mac 2020 selama dua minggu; dan

 

  1. Perjalanan pengangkutan darat dari UAE, Bahrain dan Kuwait juga telah dihadkan kepada kenderaan komersial sahaja;

 

  1. Rakyat Malaysia yang ingin memasuki Arab Saudi dinasihatkan untuk memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang baik dan sentiasa memantau situasi dan arahan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, General Authority of Civil Aviation, International Air Transport Association serta syarikat-syarikat penerbangan yang berkaitan.

 

  1. Rakyat Malaysia yang dijadualkan untuk menaiki penerbangan dari dan ke Arab Saudi dipohon untuk menghubungi syarikat penerbangan yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung jadual penerbangan mereka.

 

  1. Dalam masa yang sama, pihak Kedutaan juga sedang memantau perkembangan semasa penyebaran COVID-19 di Arab Saudi dan akan memaklumkan dari masa ke semasa perkembangan berhubung perkara ini demi keselamatan rakyat Malaysia di Arab Saudi.

 

  1. Rakyat Malaysia yang mempunyai simptom-simptom COVID-19 diminta untuk menghubungi terus Talian Kecemasan Kementerian Kesihatan Arab Saudi di talian 937 bagi melakukan ujian penyaringan dan seterusnya mendapatkan rawatan.

 

  1. Pihak Kedutaan juga ingin mengambil peluang ini untuk menyeru rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi untuk berdaftar dengan pihak Kedutaan di pautan https://forms.gle/MdWCyumdA5zdUPtb7      

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

RIYADH, ARAB SAUDI

 

DIKEMASKINI PADA: 15 MAC 2020

 

Share:
Link copied to clipboard
Back