Mission News

Pelantikan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi

15 December 2009 1 views

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyerahkan watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara di sini.

Empat duta itu adalah Professor Madya Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf (Arab Saudi), Datuk Zulkifli Yaacob (Argentina), Datuk Syed Sultan Mohd Idris (Bahrain) dan Raja Nazrin Raja Aznam (Ireland).

Istiadat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Luar Datuk Abdul Rahim Bakri dan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Othman Hashim.

Sebelum pelantikan ini, Syed Omar, 64, merupakan Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa, Pulau Pinang manakala Syed Sultan, 52, adalah bekas duta besar negara di Finland.

Zulkifli, 52, pula bekas duta besar di Libya manakala Raja Nazrin, 52, sebelum ini Setiausaha Bahagian Adjudikasi dan Timbangtara di Kementerian Luar.


Share:
Link copied to clipboard
Back