Mission News

Pengumuman Hari Mengundi Bagi PRK Parlimen P.185 Batu Sapi

21 October 2020 1 views

PENGUMUMAN HARI MENGUNDI BAGI PRK PARLIMEN P.185 BATU SAPI

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 5 Disember 2020 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.185 Batu Sapi.  SPR akan meneruskan pelaksanaan undian secara pos untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRK tersebut.  Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR bermula dari 13 Oktober 2020 (Selasa) sehingga 12 November 2020 (Khamis).

 

Untuk tujuan ini, permohonan undi pos boleh dilakukan dengan menggunakan Borang 1B (Pengundi Luar Negara) yang perlu dimuat turun melalui laman sesawang SPR (www.spr.gov.my), sepanjang tempoh permohonan sebagaimana yang dimaklumkan di atas. Pemohon bagi kategori ini juga tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

  1. merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;
  2. bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  3. pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum kekosongan kerusi Dewan Rakyat P.185 Batu Sapi, iaitu pada 7 Oktober 2020.

 

Borang 1B yang telah lengkap diisi perlu dihantar terus ke SPR (melalui pos/ emel/ fax seperti di dalam borang tersebut) dan bukannya melalui pejabat Kedutaan.  Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), rakyat Malaysia boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier di Arab Saudi.  Walau bagaimanapun, kos kurier/penghantaran kertas undi yang telah ditanda adalah di atas tanggungan sendiri.

 

Maklumat lanjut proses pengundian secara pos di luar negara boleh dipeolehi melalui pautan: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back