Pada 22 November 2012 yang lalu, satu Majlis Makan Malam serta sesi perjumpaan beramah mesra untuk kali ke-dua bagi tahun ini telah diadakan di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi. Aktiviti ini telah diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara mahasiswa-mahasisiwi Malaysia di Riyadh dengan pihak Kedutaan.
Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah di Kediaman Rasmi yang kemudiannya diteruskan dengan sesi beramah mesra di antara pegawai-pegawai HBS Riyadh dengan para mahasiswa-mahasiswi dan jamuan makan malam.
Kesemua Mahasiswa-Mahasiswi berkenaan telah dijamu dengan Laksa Penang, Nasi Kerabu, Nasi Impit dan Kuah Kacang, Rendang Daging serta pelbagai lagi juadah hasil masakan Y.Bhg. Datin Tuanwatimah sendiri.
Sesi pertemuan seperti ini adalah hasil usaha TYT Duta Besar sendiri agar para Mahasiswa-mahasiswi berpeluang mengeratkan hubungan silaratulrahim dengan pihak Kedutaan di samping juga menjadi peluang untuk mereka berjumpa sesama sendiri.