Mission News

Puan Anita Yusof iaitu Pengembara Motosikal Solo Wanita singgah di Riyadh

27 April 2022 1 views

Kuasa Usaha Sementara telah berkesempatan bertemu dengan Puan Anita Yusof iaitu Pengembara Motosikal Solo Wanita pertama Malaysia yang di dalam misi mengelilingi dunia telah tiba di Riyadh pada 12 April 2022 yang lalu sebelum menyambung perjalanan ke Bahrain. Dalam pertemuan ringkas berkenaan, beliau telah berkongsi pengalaman pahit dan manis dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia dan Wisma Putra kerana sentiasa memberi sokongan dan menghulurkan bantuan di sepanjang misi pengembaraan beliau. Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengucapkan selamat maju jaya dan semoga sentiasa selamat di dalam perjalanan beliau merentas beberapa buah negara di rantau timur tengah ini. “Malaysia Boleh”

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back