KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TYT GEN. PREM TINSULANONDA
PRESIDEN PRIVY COUNCIL THAILAND
Satu kunjungan hormat oleh TYT Dato’ Husni Zai Yaacob ke atas TYT Gen.Prem Tinsulanonda, Presiden Privy Council Thailand telah diadakan pada 2 Jun 2009. Pertemuan ringkas selama 20 minit itu telah diadakan di pejabat beliau berhampiran dengan Grand Palace. Privy Council merupakan satu badan khas yang dianggotai oleh personaliti ternama dan berpengaruh dari kalangan ahli politik, pegawai kerajaan atau mana-mana individu bagi membei khidmat nasihat kepada Raja Thailand dan perlantikan ahli-ahlinya dibuat oleh Raja Thailand sendiri.
2. Sepanjang pertemuan tersebut, pelbagai isu berkepentingan bersama seperti hubungan dua hala dan kunjungan Perdana Menteri Thailand ke Malaysia pada 8 Jun 2009 telah dibicarakan. TYT Gen. Prem yang juga bergelar Tun turut mengimbau hubungan mesra dan akrab yang sempat beliau jalinkan dengan Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Thailand dari tahun 1980 – 1988.
3. Di akhir pertemuan, TYT Dato’ Husni telah melahirkan harapan agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan apatah lagi kedua-dua negara ini banyak berkongsi persamaan dari pelbagai aspek.
Malawakil Bangkok
2 Jun 2008

