Mission News

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB CHAVARAT CHARNVIRAKUL MENTERI DALAM NEGERI THAILAND

30 April 2009 1 views

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YB CHAVARAT CHARNVIRAKUL

MENTERI DALAM NEGERI THAILAND

 

 

TYT Dato’ Husni Zai Yaacob telah mengadakan kunjungan hormat ke atas  YB Chaovarat Chanrvirakul, Menteri Dalam Negeri Thailand pada 29 April 2009 di pejabat beliau yang terletak di Thanon Atsadang, berhampiran dengan Grand Palace.


2.         Dalam kunjungan selama hampir setengah jam itu, pelbagai isu telah dibincangkan yang membabitkan kepentingan bersama antara Malaysia dan Thailand. Di antara lain, Menteri Dalam Negeri tersebut telah memaklumkan perkembangan terkini di Thailand terutama usaha kerajaan untuk menstabilkan keadaan politik.

 

3.         TYT Dato’ Husni telah melahirkan harapan agar kestabilan politik dapat dicapai di Thailand dan proses perdamaian yang cuba diketengahkan oleh Kerajaan Thailand diterima baik oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik. Malaysia juga sentiasa bersedia untuk mengeratkan lagi jalinan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara terutama dalam hal yang berkaitan dengan pergolakan di selatan Thailand melalui kerjasama pintar berteraskan konsep 3E (education, employment dan entrepreneurship).

 

4.         Kunjungan hormat tersebut adalah selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan lagi hubungan Malaysia dan Thailand.  



Malawakil Bangkok

30 April 2008

 

Share:
Link copied to clipboard
Back