Mission News

LAWATAN KERJA DELEGASI KEHAKIMAN MALAYSIA KE THAILAND, 16 - 18 MEI 2012

18 May 2012 1 views

 Satu delegasi seramai 9 orang dari agensi kehakiman Malaysia telah berkunjung ke Thailand dari 16 - 18 Mei 2012 bagi maksud memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama dalam bidang kehakiman terutama dalam perkara yang menyentuh soal perbicaraan dan penghakiman kes-kes yang berkaitan dengan insolvensi. Delegasi tersebut yang diketuai oleh Dato’ Hashim Hamzah, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai peringkat mahkamah di Thailand  termasuk juga agensi pelaksana yang dikenali sebagai Legal Execution Department. Turut menyertai lawatan ini adalah wakil tertinggi dari Mahkamah Tinggi Malaya, Jabatan Insolvensi serta Perbadanan Produktiviti Malaysia.

 

Kesempatan yang terluang telah turut diraih bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Dato’ Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Thailand pada pagi 18 Mei 2012 di mana kedua-dua pihak telah berkesempatan untuk berbual mesra sambil menimbangkan bentuk bantuan yang boleh dihulurkan terutama sebagai susulan dari lawatan tersebut. Sesungguhnya, lawatan peringkat tinggi ini amat bermakna sekali terutama dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

 

 

 

Malawakil Bangkok

18 Mei 2012

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back