Mission News

LAWATAN KERJA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA KE THAILAND

11 November 2009 1 views

LAWATAN KERJA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA KE THAILAND

 

9 & 10 NOVEMBER 2009

 

Satu delegasi dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) seramai tiga orang yang diketuai oleh Y Bhg. Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR telah melakukan lawatan kerja dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat dari Suruhanjaya Pilihanraya Thailand di Bangkok.

 

2.         Sepanjang lawatan tersebut, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan advance voting yang menjadi amalan biasa di Thailand bagi membolehkan SPR mengkaji kesesuaian pelaksanaan sistem yang serupa di Malaysia. Selain penerangan terperinci mengenai sistem tersebut, demonstrasi mengenai pelaksanaannya turut ditunjukkan oleh negara tuan rumah.

 

3.         Delegasi SPR juga turut meluangkan masa melawat Kedutaan Besar Malaysia dan mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Dato’ Husni Zai Yaacob pada 10 Oktober 2009. Pelbagai isu menarik telah dibincangkan dalam pertemuan singkat itu yang disusuli dengan jamuan makan tengahari yang dihoskan oleh beliau di sebuah restoran di Bangkok.   

 

 

Malawakil Bangkok

11 November 2009

 


 


 


 


Share:
Link copied to clipboard
Back