MAJLIS MESRA BERSAMA ANJURAN KELAB
25 JULAI 2009
Bertempat di Restoran Cili Padi, Kelab Malaysia – Thailand (KMT) telah sekali lagi menganjurkan satu majlis mesra bersama di kalangan ahli-ahli KMT dengan tujuan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan warga Malaysia yang menetap di sekitar Bangkok pada tanggal 25 Julai 2009 dari jam 7.30 – 10.00 malam. Pada majlis tersebut, lebih 30 ahli KMT termasuk kakitangan Kedutaan bersama ahli keluarga masing-masing telah hadir. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Husni Zai yang ditemani isteri dan anak perempuan beliau.
Majlis sedemikian merupakan yang kedua dianjurkan oleh KMT dalam tempoh 6 minggu. Selain menjadi wadah untuk berkenal-kenalan, majlis sedemikian juga turut memberi peluang kepada ahli KMT menikmati juadah masakan
Majlis serba ringkas tetapi meriah itu berjaya mencapai objektifnya apabila terpancar riak wajah gembira di kalangan jemputan yang hadir. Sekalung tahniah dipanjangkan kepada KMT di atas inisiatif yang murni ini dan semoga penganjuran majlis serupa di masa hadapan akan terus diberikan sambutan hangat oleh warga Malaysia di Bangkok.
Malawakil Bangkok
27 Julai 2009