Susulan dari kesepaduan usaha yang dijalinkan di antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Polis DiRaja Thailand, sejumlah 15 buah kereta curi yang mempunyai nombor pendaftaran Malaysia telah diserahkan kembali kepada PDRM untuk urusan selanjutnya.
Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Pelabuhan Bangkok pada 8 Julai 2012 dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Khalid Abu Bakar yang secara kebetulan berada di Bangkok bagi satu tugasan rasmi. Kejayaan membanteras kegiatan ini banyak disokong oleh kekuatan hubungan kerjasama dua hala yang jitu di antara kedua-dua pasukan polis tersebut.
Malawakil Bangkok
10 Julai 2012