Mission News

PERBINCANGAN BERSAMA JABATAN PENJARA THAILAND, 31 MEI 2012

01 June 2012 1 views

 

 

Delegasi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok yang diketuai oleh En. Tajul Aman Mohamad, Timbalan Ketua Perwakilan telah mengadakan satu perbincangan khas dengan Tuan Kobkiat Kasiviat, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penjara Thailand pada 31 Mei 2012 yang turut ditemani pegawai kanan beliau. Pertemuan selama hampir sejam itu telah berlangsung di Jabatan Penjara Thailand di wilayah Nonthaburi. Turut menyertai delegasi Kedutaan adalah SAC Abdul Hamid Bulat (Menteri Penasihat), Nazarudin Jaafar (Setiausaha Pertama) dan Roszaini Che Pee (Setiausaha Kedua).
 
 
Pelbagai isu berkaitan dengan ehwal kebajikan tahanan warga Malaysia di penjara Thailand serta dasar semasa Jabatan Penjara Thailand telah dibincangkan di mana beberapa keputusan dan jaminan daripada Jabatan Penjara Thailand telah berjaya diperolehi. Perbincangan tersebut juga turut diadakan bagi maksud mengakrabkan lagi jalinan kerja sedia yang pastinya menguntungkana kedua-dua belah pihak.
 
 
Malawakil Bangkok
1 Jun 2012
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back