KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
BANGKOK, THAILAND
Untuk makluman, bandar-bandar utama di Thailand terutamanya bandar-bandar percutian dijangka akan penuh dengan ramai pengunjung dari dalam dan luar negara bersempena sambutan Festival Songkran 2018 dari 13 hingga 15 April 2018.
Sehubungan itu, kepada rakyat Malaysia yang akan berada di Thailand sama ada untuk urusan rasmi atau peribadi sepanjang tempoh masa tersebut, anda diminta untuk sentiasa mematuhi peraturan, undang-undang dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.
Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam perkara ini amat dihargai. Untuk sebarang kecemasan melibatkan warga negara Malaysia di luar waktu pejabat, boleh hubungi talian kecemasan +66-(0)87-028 4659.
Kedutaan Besar Malaysia
BANGKOK
11 April 2018