Dalam usaha menambahbaik program lawatan ke penjara dan menyantuni tahanan warga Malaysia, Malawakil telah memperluaskan kawasan lawatan dengan turut melawat tahanan Malaysia di penjara di Chiang Mai dan Chiang Rai di utara Thailand. Program tersebut telah dilaksanakan pada 13 dan 14 Disember 2011 yang lalu.
Manakala, bagi tahanan di Bangkok pula, Malawakil telah mengambil inisiatif membawa doktor swasta merawat 55 tahanan di Penjara bang Kwang dan Klong Prem pada 20 dan 21 Disember 2011. Ia merupakan program perintis yang amat berjaya berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh tahanan yang mendapat faedah dari program tersebut.
Program seumpama ini akan diteruskan lagi di masa hadapan kerana ia terbukti berkesan dalam usaha Maalwakil untuk mendekati dan menyantuni kumpulan sasaran tersebut.
MW Bangkok
29 Disember 2011