Mission News

PROGRAM PENEMPATAN PESERTA DIPLOMA DIPLOMASI KENDALIAN INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR, DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, BANGKOK, 14 - 21 JULAI 2012

23 July 2012 1 views

 

Seramai 12 peserta kursus Diploma Diplomasi kendalian Institut Diplomasi dan Hubungan Luar telah menjalani program penempatan di Kedutaan Besar Malaysia bermula dari 14 - 21 Julai 2012. Sepanjang berada di Bangkok, pelbagai program telah diaturkan termasuk melawat dan mendengar taklimat dari Kedutaan dan pelbagai agensi kerajaan yang bernaung di bawah Kedutaan. Di samping itu, peserta juga turut berkesempatan melawat Kementerian Luar Negeri Thailand, Devawongse Institute serta Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu cawangan Bangkok.
 
Ketua Pengarah IDFR yang turut menyertai program ini telah turut menyampaikan satu ceramah khas di Kementerian Luar Negeri Thailand mengenai persiapan dan persediaan Malaysia dalam menghadapi cabaran Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015.
 
Program seumpama ini sememangnya bermanfaat bukan sahaja kepada peserta kursus bahkan ia turut dapat mengakrabkan lagi hubungan IDFR dengan entiti sejawatannya iaitu Devawongse Institute.
 
Malawakil Bangkok
21 Julai 2012

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back