Mission News

SAMBUTAN TERTUNDA MAULIDUR RASUL 14 MEI 2009

15 May 2009 1 views

SAMBUTAN TERTUNDA MAULIDUR RASUL

14 MEI 2009

 

 

Biro Agama  di bawah  Kelab Sukan dan Rekreasi telah sekali lagi berjaya menganjurkan satu acara keagamaan bagi memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W meski pun acara tersebut dilangsungkan lewat dua bulan dari tarikh sebenar dengan mengambil kira beban kerja Malawakil sepanjang bulan Mac dan April yang lalu. Majlis tersebut telah dihadiri lebih dari 40 HBS serta jemputan khas yang telah memenuhi ruangan di musolla Kuarters HBS bagi menunaikan solat Maghrib dan Isya’ secara berjamaah.

 

2.         Sambutan yang penuh kesederhanaan ini amat berbeza dengan sambutan lazim di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. Hanya selawat dan nukilan kisah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sahaja yang mengisi aturcara majlis dengan diketuai oleh Mejar Kamruzaman Mat Sham selaku Ketua Biro Agama.

 

3.         Majlis tersebut berakhir pada jam 9.30 malam dengan para hadirin dijamu dengan sedikit juadah yang disediakan secara ‘pot luck’. Namun, dalam kesederhanaan majlis tersebut, jelas terpancar wajah keriangan dan keinsafan di kalangan hadirin dalam menghayati sambutan Maulidur Rasul di kalangan kakitangan beragama Islam di Kedutaan Besar Malaysia, Bangkok.

 

 

MW Bangkok

15 Mei 2009

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back