Mission News

SIDANG MEDIA PROGRAM “THE MELAYU TEXTILE CONSERVATION PROJECT – PAKAIAN MELAYU 2026” ANJURAN MAJLIS PERBANDARAN YALA.

15 May 2026 1 views

YALA, 6 Mei 2026 - Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah menghadiri sidang media bagi Program The Melayu Textile Conservation Project – Pakaian Melayu 2026” yang diadakan di bilik mesyuarat Majlis Perbandaran Bandar Yala. Program ini bertujuan untuk mempromosi serta memelihara fabrik dan pakaian tradisional Melayu tempatan bagi tahun 2026 yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2026 bertempat di Thailand Knowledge Park Wilayah Yala, Thailand. Sidang media tersebut telah dihadiri oleh Encik Pongsak Yingchoncharoen (Datuk Bandar Wilayah Yala), Konsul dari Konsulat Republik Indonesia di Songkhla, wakil pihak berkuasa tempatan, Pertubuhan Kebudayaan, pemimpin masyarakat serta agensi media tempatan bagi menekankan kepentingan memelihara warisan tekstil Malayu tradisional dan meningkatkan penghargaan masyarakat terhadap identiti budaya tempatan.

Semasa program berlangsung, pihak penganjur turut berkongsi perancangan aktiviti, pameran dan program penglibatan komuniti yang akan dilaksanakan bagi menggalakkan penggunaan pakaian tradisional Melayu serta menyokong pengusaha dan artisan fabrik tempatan di Selatan Thailand. Penyertaan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh hubungan kebudayaan dan kerjasama dengan komuniti tempatan di Selatan Thailand, khususnya dalam usaha memelihara warisan budaya Melayu yang dikongsi bersama.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back