Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan, H.E. Mohd Suhaimi Ahmad Tajuddin, keluarga dan pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia, telah menghadiri majlis iftar anjuran Badan Kebajikan Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn. Bhd (BAKEP) pada 1 Mac 2026.
Majlis yang di adakan bertemakan "Kepimpinan Melalui Teladan" adalah inisiatif TO BAKEP untuk memberi pendedahan kepada generasi generasi muda betapa pentingnya mendidik diri agar menjadi seorang pemimpin yang menjadi teladan dimana generasi lama diharapkan terus menunjukkan contoh yang baik melalui akhlak dan kesederhanaan.
Bulan Ramadan bukan sahaja bulan meningkatkan ibadah, malah menjadi waktu sesuai untuk mencontohi nilai kepimpinan melalui teladan. Majlis iftar diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti Malaysia di Turkmenistan melalui majlis berbuka puasa, tazkirah sempena bulan Ramadan, Tadarus Al-Quran 30 Juzuk dan solat berjemaah bersama-sama.




