Mission News

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terwaih bersama Diaspora Malaysia di Ankara

08 April 2022 1 views

Majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama Diaspora Malaysia di Ankara telah diadakan di Kedutaan. Seramai 116 jam orang ahli Keluarga Malaysia daripada yang bekerja, berkursus dan belajar di Ankara dan bandar-bandar lain yang berdekatan telah memeriahkan lagi majlis ini.

Ini adalah majlis. berbuka puasa yang pertama yang diadakan di Kedutaan sejak berlakunya pandemik COVID-19 yang menyebabkan aktiviti seumpama ini terbatas. Pada 2 tahun sebelum ini, Kedutaan hanya dapat mengedarkan pek juadah berbuka puasa kepada Keluarga Malaysia dari rumah ke rumah dan asrama.

Kesempatan pada malam semalam adalah dinanti-nanti oleh kami pihak Kedutaan yang sangat teruja dan berterima kasih dengan kedatangan semua yang hadir. Semangat gotong-royong dan bantu membantu yang tinggi diberikan oleh semua yang hadir turut melancarkan persiapan majlis ini dan menguatkan lagi iltizam Kedutaan untuk mengadakan acara/majlis seterusnya agar Keluarga Malaysia di Ankara dapat bersama-sama berkumpul dalam aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan dan komunikasi masyarakat Malaysia di Ankara.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back