Mission News

Mesyuarat bersama Persatuan Pelajar Malaysia Turkiye (MASAT)

02 June 2025 1 views

2 Jun 2025 – TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye telah mempengerusikan Mesyuarat bersama Persatuan Pelajar Malaysia Turkiye (MASAT) bagi membincangkan pelaksanaan Program Sinergi Rakyat Malaysia di Luar Negara.

TYT Duta Besar menekankan kepentingan kerjasama erat antara pihak kedutaan dan pelajar Malaysia dalam menjayakan program sinergi bersama rakyat Malaysia dalam mengetengahkan elemen diplomasi kebudayaan dan kesenian Malaysia di Turkiye.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back