Mission News

URUSAN PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANG NEGERI (DUN) SARAWAK KE-12

17 November 2021 2 views

Kepada:  Semua Warganegara Malaysia di Vietnam, 

 

HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SARAWAK KE-12

Untuk makluman, Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Sarawak ke-12 akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penamatan
Proklamasi Darurat (Sarawak) dan pembubaran DUN Sarawak yang telah
diisytiharkan pada 3 November 2021.

2. Dalam hubungan ini, semua warganegara Malaysia yang merupakan seorang
pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN di
dalam negeri Sarawak dan bermastautin di luar negara adalah layak untuk
memohon sebagai pengundi pos di bawah kategori 1B (Luar Negara). Walau
bagaimanapun, kelulusan setiap permohonan ini masih tertakluk di bawah
bidang kuasa Setiausaha SPR. Tempoh permohonan yang telah diwartakan oleh
SPR adalah *mulai 8 November 2021 (Isnin) sehingga 24 November 2021 (Rabu).

3. Bagi tujuan ini, setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian
di laman sesawang MySPR Daftar di pautan berikut https://mysprdaftar.spr.gov.my /
 atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my/. Pemohon dinasihatkan agar membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan.

Sekian, terima kasih.


Ketua Canseri | Head of Chancery
Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi, Vietnam
Embassy of Malaysia in Hanoi, Vietnam

 

Share:
Link copied to clipboard
Back