Mission News

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012

06 November 2012 1 views

 Pada 1 September 2012, satu majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri telah diadakan di kediaman rasmi Konsul Jeneral, Ho Chi Minh City bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

 

Acara ini sememangnya diadakan pada setiap tahun untuk meraikan hari raya bersama-sama rakyat Malaysia yang menetap di Ho Chi Minh City am nya.  Seramai 250 orang tetamu telah hadir ke majlis tersebut.  Jemputan tetamu adalah terdiri daripada Konsul Jeneral- Konsul Jeneral  /Consular Corp di sini serta rakyat Malaysia.

 

Pelbagai juadah tradisional telah disediakan oleh Restoran Halal Saigon buat semua tetamu yang hadir untuk majlis tersebut.  Antara juadah-juadah yang disajikan adalah lemang, rendang daging, nasi biryani, ayam kurma, murtabak daging, roti jala, sate ayam dan daging, kuih karipap dan macam-macam lagi. 

 

Hubungan erat di antara Konsul Jeneral bersama-sama rakyat Malaysia yang lain dapat dijalinkan melalui aktiviti sebegini.  Sambutan yang meriah dan kerjasama yang diberikan sesama rakyat Malaysia dapat dirasakan dihari ini.

 

Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.

 

Semoga sokongan dan hubungan erat ini dapat dikekalkan sampai bila-bila. 

 

Terima kasih.

Share:
Link copied to clipboard
Back