Pada 2 September 2012, sekali lagi satu majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri bersama telah diadakan di kediaman Pengarah Pendidikan. Acara ini adalah hasil gabungan beberapa keluarga yang dinaung oleh En.Shazryll Zahiran, Konsul Jeneral di Ho Chi Minh City untuk meraikan rakan-rakan taulan.
Seawal jam 3.00 pm kami berkumpul untuk memulakan aktiviti gotong royong mengemas dan membuat persediaan awal untuk majlis yang bermula jam 7.00pm.
Setiap keluarga yang bergabung menyumbangkan wang, tenaga dan usaha untuk memeriahkan majlis ini. Rakan-rakan yang dijemput juga dikalangan rakyat Malaysia serta Vietnam yang lain. Kemesraan lebih terjalin erat apabila kami bergabung tenaga bekerjasama menyiapkan segala-segalanya bermula daripada susunan kerusi meja sehinggalah penyediaan makanan. Bahkan terdapat juga rakan-rakan yang berbesar hati untuk membawa juadah yang dimasak sendiri dari rumah.
Menu yang disediakan pada hari tersebut antaranya ialah, nasi beriyani, mi goreng mamak, kuew tiaw goreng, kek dan macam-macam lagi.
Lebih bermakna apabila kegembiraan terpancar di wajah para tetamu yang hadir. Betapa puas hatinya mereka terhadap makanan dan sajian yang kami sediakan.
Acara ini tamat pada jam 9.00 malam.
Semoga hubungan akrab antara kami sesama sendiri dapat terus kekal sehingga akhir hayat.
Sekian, terima kasih.