Pada 20 Januari 2026, Konsulat Jeneral Malaysia bersama Education Malaysia di Ho Chi Minh City telah dijemput ke sesi wawancara khas pendidikan anjuran Thanh Nien Newspaper dan siaran Thanh Nien TV.
Semasa wawancara ini, En. Firdauz Othman, Konsul Jeneral, telah berkongsi maklumat berkaitan sistem pendidikan tinggi Malaysia, termasuk aspek persekitaran pembelajaran serta nilai budaya Malaysia.
Konsulat Jeneral Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Thanh Nien TV dan Thanh Nien Newspaper di atas jemputan serta peluang kerjasama yang amat bermakna ini.




