Mission News

LAWATAN KE DARUL ULOOM ZAKARIYYAH DI LENASIA, JOHANNESBURG

10 March 2015 1 views
LENASIA, Selasa, 10 Mac 2015 – Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan telah melakukan lawatan ke Darul Uloom Zakariyah (DUZAK) di Lenasia berdekatan Bandaraya Johannesburg bagi menemui pelajar Malaysia yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Islam tersebut disana. Turut sama dalam lawatan tersebut adalah isteri Pesuruhjaya Tinggi serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi. Pesuruhjaya Tinggi telah diberi taklimat oleh Maulana Shabbir Ahmed Saloojee, Pengetua DUZAK mengenai pengurusan dan melawat kemudahan yang terdapat di IPT berkenaan.
 
Pesuruhjaya Tinggi dan pegawai Suruhanjaya Tinggi turut makan tengahari bersama-sama 69 pelajar lelaki Malaysia, manakala isteri Pesuruhjaya Tinggi mengunjungi 16 pelajar perempuan Malaysia di Kompleks Pengajian Pelajar Perempuan di lokasi berasingan.
 
Lawatan ini adalah sebahagian daripada program Suruhanjaya Tinggi dan Kelab Sukan dan Kebajikan Suruhanjaya Tinggi selaras dengan ‘Konsep Turun Padang’ bagi melihat perkembangan pengajian dan bertanya khabar pelajar Malaysia disamping memaklumkan mengenai perkembangan semasa di Malaysia serta memberi kata-kata semangat kepada pelajar kearah menyumbang kepada negara di masa hadapan.
 
 
Web Admin
High Commission of Malaysia

Pretoria

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back