Mission News

LAWATAN KERJA SUSULAN DELEGASI JABATAN AKAUNTAN NEGARA KE PRETORIA MENGENAI SPLN

13 April 2015 1 views
PRETORIA, Isnin, 13 April 2015 – Puan Rihatun Abdah Meor Zainal Abidin mengetuai delegasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melakukan lawatan kerja susulan  Sistem Perakaunan Luar Negeri (SPLN) ke Pretoria mulai 13 hingga 16 April 2015. Turut sama dalam lawatan ini adalah Encik Muhammad Azhar Fairuzz Hiloh dan Puan Rosidawani Embong. Taklimat dan latihkerja dilaksanakan terhadap pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia termasuk pegawai dari Pejabat Penasihat Pertahanan dan juga Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT). Ujian keatas infrastruktur talian dan dokumentasi pengurusan sistem ini turut dilakukan bagi memastikan kelancaran pengendalian dan perlaksanaan sistem ini.
 
Pentadbir Web
Suruhanjaya Tinggi Malaysia

Pretoria

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back