Mission News

ACAD FRIENDLY BOWLING TOURNAMENT, ABU DHABI, 29 SEPTEMBER 2018

28 September 2018 1 views

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Boling anjuran ASEAN Committee in Abu Dhabi (ACAD) pada 29 September 2018. Selain daripada 7 Kedutaan negara-negara ASEAN di Abu Dhabi (Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam), pertandingan tersebut turut disertai oleh Kedutaan Besar Jepun. Pasukan Malaysia muncul sebagai juara pada pertandingan kali ini dan 3 peserta lelaki termasuk TYT Dato' Duta telah menyapu bersih 3 tempat teratas bagi jatuhan pin terbanyak kategori lelaki dan 1 peserta wanita menggondol tempat kedua bagi jatuhan pin terbanyak kategori wanita. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menjadi juara pada sesi boling ACAD pada kali ini.

Share:
Link copied to clipboard
Back