Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN Abu Dhabi sesi 2026/2027 telah berlangsung dengan lancar di Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi pada 12 Januari 2026, dengan kehadiran Penasihat PERWAKILAN, TYT Tengku Dato’ Sirajuzzaman bin Tengku Mohamed Ariffin dan dirasmikan oleh Pengerusi PERWAKILAN, YBhg. Datin Hana Sakina binti Abdullah Sani.
Dalam ucapan TYT Duta Besar, beliau menekankan kepentingan perpaduan, komitmen dan semangat kerjasama dalam memperkukuh peranan PERWAKILAN sebagai wadah kebajikan dan kebersamaan komuniti. Kehadiran serta sokongan beliau mencerminkan keprihatinan dan dukungan berterusan terhadap usaha-usaha yang dijalankan.
Mesyuarat turut membincangkan hal ehwal pentadbiran dan perancangan program akan datang bagi memastikan kesinambungan aktiviti yang bermanfaat kepada semua ahli.
