Tuan/Puan, Warga Malaysia di UAE Pertandingan Fotografi Merdeka – 2008 Sukacita ingin dimaklumkan bahawa sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke 51, yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 30 Ogos 2008, jam 8.00-10.00 pagi, di Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi, pihak Kedutaan akan juga mengadakan Pertandingan Fotografi Merdeka pada hari tersebut. Penyertaan untuk Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia di UAE. Sehubungan itu, adalah dengan hormatnya ingin menjemput semua yang berminat untuk menyertainya, yang pastinya akan dapat menambahkan lagi kemeriahan Majlis tersebut. Butiran Pertandingan: 1. Merdeka 2. Peristiwa 3. Wajah 4. Umum 1. Semua gambar mestilah berunsurkan ‘Malaysians in UAE’ (iaitu, rakyat Malaysia, semasa di UAE). 2. Setiap peserta boleh menghantar tidak melebihi 5 gambar sahaja bagi setiap kategori. 3. Setiap peserta perlu menghantarkan gambar kepada pihak Kedutaan; - soft-copy, sebelum/pada 28 Ogos, jam 6 petang, (gambar akan dicetak oleh pihak Kedutaan) ; atau - hard-copy, sebelum/pada 30 Ogos, jam 8 pagi, (gambar siap dicetak dibawa sendiri oleh peserta/wakil) * semua gambar tersebut akan/perlu dicetak dalam saiz A4 * setiap gambar akan/perlu dilabelkan dengan nama jurugambar dan tajuk * selepas pertandingan, gambar-gambar terpilih akan dijadikan bahan pameran kekal di Kedutaan 4. Pihak penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan. 5. Tiga hadiah akan disediakan untuk setiap kategori.
Kategori/Tajuk:
Format:
Pertandingan Bowling Merdeka – 2008
Seterusnya, bagi menambahkan dan meneruskan lagi kemeriahan acara sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 51, khas untuk warga Malaysia di UAE, pihak Kedutaan akan juga menganjurkan Pertandingan Bowling Merdeka pada hari Ahad, 24 Ogos, jam 8.30 malam, Khalifa International Bowling Centre, Zayed Sports City, Abu Dhabi
Dengan ini, adalah dengan hormatnya ingin menjemput semua yang berminat/berbakat untuk menyertainya dan mempamerkan kehandalan yang sedia ada dan/atau terpendam sambil beriadah dan menambahkan lagi kemeriahan sambutan tersebut.
Butiran Pertandingan:
1. Warga Malaysia di UAE
2. Kategori: Single, 3-frame – Lelaki, Wanita, Kanak-Kanak (bawah 16)
3. Terhad kepada 100 peserta yang paling awal mendaftar
4. Mohon sahkan penyertaan sebelum/pada 24 Ogos, jam 6 petang
* setiap peserta hanya perlu mengemukakan Yuran Penyertaan AED60 sahaja
* setiap peserta akan dibekalkan sehelai Special Edition T-Shirt Merdeka
- sila maklumkan warna pilihan (biru/merah/kuning) dan saiz baju
5. Tiga hadiah utama dan lima hadiah saguhati akan disediakan untuk setiap kategori
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Fadli Adilah
Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi
(untuk mendaftarkan penyertaan dan sebarang pertanyaan lanjut: