Mission News

ASEAN 50 FAIR, MUSHRIFF MALL ABU DHABI

19 October 2017 1 views

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

ASEAN Ladies Circle (ALC) dengan kerjasama Lulu Hypermarket akan mengadakan program bersempena sambutan ulangtahun ke-50 penubuhan ASEAN seperti butiran berikut:

Tarikh: 20 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa: 6.00 p.m. 
Tempat: Mushriff Mall, Abu Dhabi

Program ini melibatkan pameran dari 7 negara yang mengambil bahagian (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, Thailand dan Vietnam) selain daripada persembahan kebudayaan.

Para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah semasa program tersebut.

Dengan ini, tuan/ puan dan keluarga adalah dijemput untuk memeriahkan lagi program ini.

Sekian,

Admin

Share:
Link copied to clipboard
Back