Baru-baru ini pada 9-12 Mac 2015, telah berlangsung Global Forum For Innovation on Agriculture di Pusat Konvensyen terbesar di Abu Dhabi. Acara tersebut telah disertai oleh 6 syarikat tempatan di bawah seliaan biotech Corp. Penasihat Sains kepada YAB PM, Tan Sri Zakri turut hadir sebagai salah seorang ahli bagi sessi utama konvensyen tersebut. Kuasa Usaha Sementara serta Dato Konsul General turut hadir sewaktu sesi panel dan membuat lawatan ke semua tapak pameran syarikat Malaysia.