Mission News

HARI SUKAN NEGARA 2017, 14 OKTOBER 2017

14 October 2017 1 views

 

 

Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi telah menganjurkan program Hari Sukan Negara 2017 bertempat di Al Bateen Beach. Program ini telah dihadiri oleh hampir 150 orang rakyat Malaysia yang menetap di Abu Dhabi, Al Ain dan Ruwais. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan termasuklah senamrobik, sukaneka, bola tampar pantai dan bola sepak pantai. Sekali lagi Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi ingin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan sokongan semua terhadap program yang dianjurkan. Semoga sokongan berterusan rakyat Malaysia di Abu Dhabi terhadap program-program anjuran Kedutaan di masa akan datang.

Share:
Link copied to clipboard
Back