Mission News

HARI SUKAN NEGARA 2018, 12 OKTOBER 2018, ZAYED SPORTS CITY ABU DHABI

11 October 2018 1 views

 

 

Hari Sukan Negara 2018 telah dijalankan dengan jayanya di Zayed Sports City Abu Dhabi pada 12 Oktober 2018. Program dimulakan dengan sesi senamrobik diikuti perlawanan bola jaring bagi peserta wanita dan perlawanan bola sepak bagi peserta lelaki. Peserta kanak-kanak juga menyertai acara sukaneka. Program ini dihadiri hampir 200 rakyat Malaysia di Abu Dhabi. Program Hari Sukan Negara ialah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diadakan pada hari Sabtu minggu kedua setiap tahun bermula tahun 2015 juga disertai oleh Kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara dan komuniti Malaysia. Program ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia. Sekali lagi pihak Kedutaan ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan terhadap program ini.

Share:
Link copied to clipboard
Back