Sempena merayakan minggu kemerdekaan, YBhg Datin Norzela Zakaria,isteri Duta Besar telah mengadakan Pertunjukkan Fashion Show sempena 'Coffee morning of the Ambassadors Spouse and the Diplomatic Group'. Pihak kedutaan dengan kerjasama St. Regis Hotel, Saadiyat Island, Tourism Malaysia dan Mas telah menerbangkan pereka barangan kemas terkemuka Malaysia iaitu Suhara Omar dan Dato Tom Abanh Saufi. Empat peragawati terkemuka Malaysia seperti Jagan Kelly, Tengku Azura, Kamen Khor dan Fadzlun turut bersama menjayakan acara yang gemilang ini.